Halaman

Khamis, 9 Ogos 2012

Apa Itu Sinus @ Resdung?

Apa itu Sinus????? Adakah anda alaminya???

Tahukah anda setiap tahun berjuta-juta orang didunia ini dijangkiti resdung. Penyakit ini sudah tentu akan menyukarkan kehidupan seharian anda. Hal ini juga mampu membuatkan anda menjadi lebih mudah hilang sabar bergantung kepada individu tersebut. Ini kerana mereka yang menghidap resdung akan mudah berasa sakit kepala akibat kesukaran bernafas.

Sinus adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang tengkorak manusia. Ianya dipenuhi dengan udara.Selaput membrane di dalam rongga ini sentiasa merembeskan ceir yang mengalir keluar melalui terowong-terowong (tunnel) yang berhubung terus ke rongga hidung. Dalam keadaan alahan dan jangkitan rembesan ini meningkat dan tersumbat menyebabkan sakit kepala yang berterusan. Di dalam bahasa perubatan moden penyakit ini di sebut sebagai SINUSITIS.




Rongga hidup terbentuk sedemikian rupa untuk memerangkap habuk dan kotoran. Lapisan hidung ini sentiasa mengeluarkan rembesan mukus untuk melembapkan udara yang masuk sebelum ke paru-paru. Dalam keadaan alahan atau jangkitan rembesan ini akan keluar secara berlebihan dan menghasilkan selsema dan batuk yang kronik. Di dalam bahasa sains ianya di sebut sebagai ALLERGIC RHINITIS.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan